Tuesday, February 2, 2010

Coretan buat renungan

Diri mula berfikir sejenak, kehidupan ini penuh dengan cabaran atau dugaan. Tanpa cabaran kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita sudah berjaya. Kayu ukur kejayaan adalah apabila kita dapat melepasi cabaran yang datang. Ganjaran kejayaan merupakan pendorong semangat untuk mencapai sesuatu yang diingini. Namun adakah seorang mukmin akan membuat amal kebajikan kerana inginkan pahala apabila dilakukan dengan penuh keikhlasan??? Atau kerana hanya takutkan siksaan Allah untuk dimasukkan ke dalam api neraka..

Tahap iman yang kuat akan membuat sesuatu dengan penuh ikhlas. Namun, walaupun bagaimanapun kedua golongan di atas pasti Allah akan masukkan ke dalam Syurga. Oleh itu, kehidupan ini juga perlukan suatu imbuhan agar menjadi pembakar semangat untuk berusaha. Pendidik selalu disogokkan dengan pelbagai arahan "Jika kamu malas, prestasi kamu akan rendah", "Hantar RPH setiap minggu kerana itu pentadbir akan nilai kamu!" dan bermacam-macam lagi. Namun, sedarkah kita, itu hanyalah pancingan sahaja. Realitinya TIDAK, orang yang langsung tidak pernah hantar RPH untuk diperiksa juga akan dinobatkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC.

Itulah lumrah kehidupan wahai sahabat sekalian. Jika tidak diugut, maka ramai lagilah yang tidak menghantar RPH. Untuk melihat anak didik saya mengamalkan amalan Islam, mungkin terkeluar kata-kata "Nanti ......... gunting rambut kamu kalau tidak bertudung!' tapi tidak pernah pun terlintas hendak berbuat begitu. Apa yang penting, ramai murid kita mula berubah memakai pakaian yang menutup aurat.

Ya Allah, tetapkan hati-hati kami agar sentiasa mengikhlaskan diri kami dalam semua urusan yang kami lakukan. Amin...

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails