Monday, May 11, 2009

Hari Guru 2009

Ia akan disambut pada Sabtu, 16 Mei 2009. Peringkat sekolah akan diadakan pada Selasa, 26 Mei 2009 dengan kerjasama Kelab Staf SK Luyang dan PIBG SK Luyang. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru ini.

Tema Hari Guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa".

Cenderamata juga ada dijual dengan harga RM1 bagi 3 keping biasa, RM1 bagi 2 keping kad guru(keras) dan beberapa lagi barangan. Hargailah jasa dan pengorbanan guru yang mengajar serta mendidik menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, May 4, 2009

Hari Ibu 2009

Apabila tiba bulan Mei, kebiasaannya masyarakat Malaysia akan menyambut Hari Ibu. Pada tahun ini Hari Ibu disambut pada Ahad, 10 Mei 2009. Mengasihi dan menyayangi ibu sepanjang masa, dalam Islam kita dituntut mendoakan ibu bapa setiap kali waktu solat sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Paling tidak, sekali dalam sehari menandakan kita tidak pernah lupa dengan jasa dan pengorbanan ibu kita.
Marilah kita menyayangi ibu kita yang masih hidup di dunia. Berbakti dan beramal dengan penuh tanggungjawab. Syurga itu di bawah tapak ibu. Jika sebelum ini, kita tidak pernah mencium tangan ibu sebelum ke sekolah. Mulai saat ini, mari amalkan mencium tangan ibu dan ayah agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Pada mereka yang tidak mempunyai ibu lagi, hadiahkanlah pahala bacaan al-Quran dan mendoakan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga tempat kekal abadi. Amin....

KBS II 2009 Tahap II

Kem Bestari Solat kali ini khusus kepada murid tahap 2 yang akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Mei 2009. Antara lain tujuan diadakan adalah untuk memantapkan lagi penguasaan mereka dalam solat. Masih terdapat kelemahan yang perlu dibaiki khususnya amali solat berjemaah.

Pengkhususan kepada tahap 2 sahaja akan memudahkan tumpuan kepada murid terlibat. Penghayatan dan roh dijiwa murid perlu diterapkan oleh para fesilitator agar ilmu yang diterima akan diamalkan bila balik ke rumah. Jangan sekadar ada ilmu, tetapi tidak diamalkan seperti pepatah arab mengatakan "Ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah" yang langsung tidak mempunyai manfaatnya. Semoga semua peserta mengutamakan solat dalam kehidupan seharian menjadi insan soleh dan solehah yang cemerlang di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Friday, May 1, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Tidak lama lagi murid SK Luyang akan menghadapi peperiksaan pada hari Selasa, 12 Mei 2009. Buatlah persiapan yang secukupnya dengan mengulangkaji setiap matapelajaran. Jangan 'study' di akhir hari peperiksaan kerana ianya tidak elok diamalkan.

Kami warga PPI SK Luyang mendoakan agar semua murid akan berjaya dengan cemerlang dalam Pendidikan Islam khususnya serta semua matapelajaran. Ia merupakan tanda aras hasil pembelajaran yang telah kami ikuti sebelum ini. Selamat belajar!!

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails