Alhamdulillah, tahun 1429H telah berlalu dengan pantas. Azam baru diriku telah aku laksanakan sebaik yang mungkin sebagai hamba Allah. "Amalan yang baik adalah yang berterusan", kekalkan apa yang telah dilakukan dan pertingkatkan lagi pada tahun baru ini. Kedatangan tahun baru sering dimulakan dengan azam baru, tapi jangan pula hanya tinggal azam sahaja tanpa dilaksanakan.
Tarikh Hijrah akan berubah selepas jam 8 malam setiap hari. Kenapa? Takwim Hijrah memasuki hari baru selepas masuk waktu maghrib. Tarikh Hijriah ini memasuki hari baru selepas waktu maghrib (ditetapkan jam 8 malam). Contohnya, kita akan mula solat tarawikh setelah diumumkan nampak anak bulan Ramadhan. Ianya berlainan dengan perkiraan bagi tarikh masehi yang dikira bermula dari detik jam 12 tengah malam.