Wednesday, March 7, 2012

KEPUTUSAN MTQ KKS 2012

Tarikh : 6 Mac 2012

Tempat : SK Mutiara, Kota Kinabalu







Tuesday, March 1, 2011

Keputusan MTQ KKS 2011

Alhamdulillah, MTQ peringkat KKS tahun ini, peserta dari SK Luyang berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Tilawah Al-Quran Perempuan dan Nasyid (An-Nasri).

Syabas diucapkan kepada adik Nur Atirah Husnina Hussin tahun 5 Mercury peserta Tilawah Al-Quran Perempuan. Rujuk blog Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Kota Kinabalu (JPPIKK
) di sini.

Tarikh : 1 Mac 2011 (Selasa)
Tempat: SK Tanjung Aru I dan II

Wednesday, February 16, 2011

Thursday, January 20, 2011

Permohonan Guru Agama Sandaran 2011 (GSTT)

Tawaran ini terbuka kepada calon yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk mengajar Pendidikan Islam sekolah rendah. Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan segera.

Friday, January 14, 2011

Monday, January 10, 2011

BAHAN MTQ 2011

Majlis Tadarus Al-Quran 2011 akan bermula pada antara bulan Februari dan Mac. Tarikh yang terkini akan dimaklumkan nanti. Oleh itu, persiapan awal perlu dilakukan agar para peserta kita akan lebih bersedia.

PKSR Bahasa Arab Tahun 1 2011

Sila download bahan tersebut di http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=198&Itemid=83 . Dokumen ini mempunyai password, oleh itu sila berhubung dengan pegawai Bahasa Arab di JPN masing-masing atau emailkan ke ppiskluyang@gmail.com.

Thursday, July 22, 2010

Kita beban negara??

Nukilan diambil dari web mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri di http://drmaza.com/home/?p=1190


KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI?

Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
Kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
Kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.
Kalian berbahasa: bukan barang naik harga,

Cuma subsidi turun sahaja..

Tuesday, February 2, 2010

Coretan buat renungan

Diri mula berfikir sejenak, kehidupan ini penuh dengan cabaran atau dugaan. Tanpa cabaran kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita sudah berjaya. Kayu ukur kejayaan adalah apabila kita dapat melepasi cabaran yang datang. Ganjaran kejayaan merupakan pendorong semangat untuk mencapai sesuatu yang diingini. Namun adakah seorang mukmin akan membuat amal kebajikan kerana inginkan pahala apabila dilakukan dengan penuh keikhlasan??? Atau kerana hanya takutkan siksaan Allah untuk dimasukkan ke dalam api neraka..

Tahap iman yang kuat akan membuat sesuatu dengan penuh ikhlas. Namun, walaupun bagaimanapun kedua golongan di atas pasti Allah akan masukkan ke dalam Syurga. Oleh itu, kehidupan ini juga perlukan suatu imbuhan agar menjadi pembakar semangat untuk berusaha. Pendidik selalu disogokkan dengan pelbagai arahan "Jika kamu malas, prestasi kamu akan rendah", "Hantar RPH setiap minggu kerana itu pentadbir akan nilai kamu!" dan bermacam-macam lagi. Namun, sedarkah kita, itu hanyalah pancingan sahaja. Realitinya TIDAK, orang yang langsung tidak pernah hantar RPH untuk diperiksa juga akan dinobatkan sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC.

Itulah lumrah kehidupan wahai sahabat sekalian. Jika tidak diugut, maka ramai lagilah yang tidak menghantar RPH. Untuk melihat anak didik saya mengamalkan amalan Islam, mungkin terkeluar kata-kata "Nanti ......... gunting rambut kamu kalau tidak bertudung!' tapi tidak pernah pun terlintas hendak berbuat begitu. Apa yang penting, ramai murid kita mula berubah memakai pakaian yang menutup aurat.

Ya Allah, tetapkan hati-hati kami agar sentiasa mengikhlaskan diri kami dalam semua urusan yang kami lakukan. Amin...

Wednesday, January 13, 2010

Program Tasmik 2010

Harap maklum kepada semua tenaga pengajar Tasmik SK Luyang, program ini akan bermula pada 18 Januari 2010 setelah pembahagian kumpulan masing-masing. Oleh itu, satu surat siaran telah diedarkan kepada semua murid muslim.

Oleh itu, bagi yang terlibat dimaklumkan masanya bermula dari 12.30 hingga 2.00 petang kecuali Jumaat. Sila rujuk surat siaran untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Tuesday, January 12, 2010

Panduan Majlis Tadarus Al-Quran 2010

Sila download bahan di bawah bagi membuat persiapan awal bagi acara-acara yang dipertandingkan nanti.

Monday, October 19, 2009

Jemputan Ke Mesyuarat Agung JPPIKK Kali Ke 2

Kepada Semua Semua Guru Pendidikan Islam (SR) dan j-QAF :

Jemputan Ke Mesyuarat Agung JPPIKK Kali Ke 2

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi- 12.30 Pagi
Tempat : Dewan SK Mutiara
Pakaian : Batik
Perasmi : Tuan Idrus Abdul Rahman (Ketua Sektor, SPI, JPN Sabah)

7.00 pagi : Pendaftaran Peserta.
8.00 pagi : Ketibaan Perasmi.
: Bacaan Doa
: Bacaan Al Quran
: Ucapan Pengerusi Pengelola.
: Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah.
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung.
: Mesyuarat Agung JPPIKK dimulakan.
12.30 tgh.hari : Jamuan & bersurai.

Agenda Mesyuarat
1 : Ucapan Pengerusi
2 : Pengesahan Minit Mesyuarat
3 : Laporan Setiausaha
4 : Laporan Bendahari
5 : Perkara Berbangkit
6 : Pembubaran & Perlantikan Jawatankuasa Baru 2009-11
7 : Usul dan Cadangan
8 : Ucapan Dasar Pengerusi Baru

*Sila bawa RM5 untuk sumbangan jamuan.

Wednesday, October 14, 2009

Penyerahan Zakat 2009 Bank Rakyat

Satu majlis telah diaturkan bagi penyerahan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak dan Karnival Ko-Kurikulum. Oleh kerana ibubapa dijemput bersama, kami mengambil kesempatan tersebut untuk mengadakan majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan 2009 Bank Rakyat.
Pemberian zakat ini telah disampaikan oleh Pn. Saliha, Penolong Pengurus Cawangan Likas dengan ditemani En. Susanto, Pegawai Eksekutif. Kehadiran ibubapa dalam majlis ini amat menggalakkan.

Sunday, October 11, 2009

Persiapan Karnival Ko-Kurikulum

SK Luyang sekali lagi menganjurkan acara tahunan Karnival Ko-Kurikulum bersama Sambutan Hari Kanak-kanak 2009 pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 14 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi

Wednesday, September 23, 2009

Majlis Perkahwinan Ust. Khairil


Semua warga PPI Sk Luyang mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ust. Khairil(Kedah)dengan pasangannya Maisarah (Perlis) yang menamatkan zaman bujangnya. Semoga kekal hingga ke anak cucu.

Majlis akad nikah dan perkahwinan diadakan serentak pada pagi 23/10/2009 yang juga Hari Raya Puasa Keempat. Saya diberi kesempatan untuk hadir ke majlis tersebut di Padang Besar Selatan, Perlis. Banyak menu disediakan antaranya nasi dan lauk pauk, bubur kacang dan laksa kuala perlis. Sempat juga saya menjamu selera laksa kuala yang berbeza dengan laksa biasa. Nak tahu.. Mai la ke Perlis.

Wednesday, July 8, 2009

Pemansuhan PPSMI 2012??

Pengumuman pemansuhan pelaksanaan PPSMI memberi sinar baru terutamanya pelajar luar bandar dan pedalaman untuk lebih cemerlang dalam subjek terbabit. Walau dari peringkat awal lagi program ini ditentang oleh pelbagai pihak, namun sebagai seorang penjawat awam maka kita terpaksa akur dengan keputusan serta arahan tertinggi Kementerian Pelajaran.

Terdengar rugutan … macam mana elaun kita?? Kenapa melihat keuntungan diri daripada yang lebih utama ...kejayaan pelajar. Perlulah ikhlaskan hati untuk mendidik nusa bangsa. Pelaksanaan j-QAF misalnya boleh dikatakan setiap hari ada kelas tambahan (Tasmik). Mereka ini memang mempunyai beban yang lebih walaupun berstatus Luar Norma. Tetapi kerana ingin melihat pencapaian Pendidikan Islam berjaya, mereka berkorban masa dan tenaga bagi merealisasi matlamat tersebut. Oleh itu, sama-sama kita ikhlaskan diri agar tidak terpesong ke arah yang salah.

Monday, June 22, 2009

Pelatih Melapor Diri Praktikum

Seramai 8 orang pelatih dari Intitut Perguruan Gaya dan Keningau telah menjalani Praktikum di SK Luyang selama 3 bulan. Selamat datang ke SK Luyang kami ucapkan.

Antara mereka ialah :
  1. Shariful Che Soh (Bimbingan Kaunseling)

  2. Nurizal Kalam (Bimbingan Kaunseling)

  3. Monaniza Momin (Pemulihan Khas)

  4. Sri Aryanie Azhar (Pemulihan Khas)

  5. Sabariah Majid (Kemahiran Hidup)

  6. Norshuhadah Mohd Amir (Kemahiran Hidup)

  7. Dg Fatimah Ag Damit (Kemahiran Hidup)

  8. Noor Asmah Ishak (Kemahiran Hidup)


Friday, June 12, 2009

Kem Bestari Solat III

Perlaksanaan KBS III telah dijalankan dengan jayanya walau ada beberapa aspek yang perlu diperkemaskan lagi terutamanya dibahagian pengurusan. Sesi LDK kali ini banyak menggunakan bahan ICT dan ini dapat menarik minat peserta kem.


Monday, May 11, 2009

Hari Guru 2009

Ia akan disambut pada Sabtu, 16 Mei 2009. Peringkat sekolah akan diadakan pada Selasa, 26 Mei 2009 dengan kerjasama Kelab Staf SK Luyang dan PIBG SK Luyang. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru ini.

Tema Hari Guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa".

Cenderamata juga ada dijual dengan harga RM1 bagi 3 keping biasa, RM1 bagi 2 keping kad guru(keras) dan beberapa lagi barangan. Hargailah jasa dan pengorbanan guru yang mengajar serta mendidik menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, May 4, 2009

Hari Ibu 2009

Apabila tiba bulan Mei, kebiasaannya masyarakat Malaysia akan menyambut Hari Ibu. Pada tahun ini Hari Ibu disambut pada Ahad, 10 Mei 2009. Mengasihi dan menyayangi ibu sepanjang masa, dalam Islam kita dituntut mendoakan ibu bapa setiap kali waktu solat sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Paling tidak, sekali dalam sehari menandakan kita tidak pernah lupa dengan jasa dan pengorbanan ibu kita.
Marilah kita menyayangi ibu kita yang masih hidup di dunia. Berbakti dan beramal dengan penuh tanggungjawab. Syurga itu di bawah tapak ibu. Jika sebelum ini, kita tidak pernah mencium tangan ibu sebelum ke sekolah. Mulai saat ini, mari amalkan mencium tangan ibu dan ayah agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Pada mereka yang tidak mempunyai ibu lagi, hadiahkanlah pahala bacaan al-Quran dan mendoakan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga tempat kekal abadi. Amin....

KBS II 2009 Tahap II

Kem Bestari Solat kali ini khusus kepada murid tahap 2 yang akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Mei 2009. Antara lain tujuan diadakan adalah untuk memantapkan lagi penguasaan mereka dalam solat. Masih terdapat kelemahan yang perlu dibaiki khususnya amali solat berjemaah.

Pengkhususan kepada tahap 2 sahaja akan memudahkan tumpuan kepada murid terlibat. Penghayatan dan roh dijiwa murid perlu diterapkan oleh para fesilitator agar ilmu yang diterima akan diamalkan bila balik ke rumah. Jangan sekadar ada ilmu, tetapi tidak diamalkan seperti pepatah arab mengatakan "Ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah" yang langsung tidak mempunyai manfaatnya. Semoga semua peserta mengutamakan solat dalam kehidupan seharian menjadi insan soleh dan solehah yang cemerlang di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Friday, May 1, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Tidak lama lagi murid SK Luyang akan menghadapi peperiksaan pada hari Selasa, 12 Mei 2009. Buatlah persiapan yang secukupnya dengan mengulangkaji setiap matapelajaran. Jangan 'study' di akhir hari peperiksaan kerana ianya tidak elok diamalkan.

Kami warga PPI SK Luyang mendoakan agar semua murid akan berjaya dengan cemerlang dalam Pendidikan Islam khususnya serta semua matapelajaran. Ia merupakan tanda aras hasil pembelajaran yang telah kami ikuti sebelum ini. Selamat belajar!!

Thursday, April 16, 2009

Karnival Panitia 2009

Program Karnival Panitia Kali ke 2 telah diadakan pada Khamis 16 April 2009 yang lalu. Setiap panitia telah merancang aktiviti panitia masing-masing. Tujuan utama adalah untuk menarik minat murid untuk belajar subjek tersebut.

Selain itu, hasil kutipan yuran menyertai kuiz atau aktiviti tersebut menambah sumber kewangan panitia masing-masing.

Saturday, April 4, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Ke-9





Mesyuarat pada kali ini berjalan dengan baik. Jawatankuasa sessi 2008-2009 yang lepas berjaya melaksanakan program yang telah dirancang. Tahniah diucapkan di atas permuafakatan di antara ibu bapa dan guru yang sedia terjalin. Perlantikan jawatankuasa PIBG yang baru ini akan diharapkan lebih memberikan kesan terhadap halatuju penubuhan PIBG yang jelas.


Beberapa cadangan telah disarankan agar PIBG dapat bergerak sendiri bagi program tertentu. Kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat menumpang kerana penggeraknya kebanyakannya terdiri dari kalangan guru. Selain itu, terasa agak mengecewakan kerana ahli PIGB yang hadir pada kali ini agak sedikit berbanding tahun yang lalu.

Saturday, March 28, 2009

Sambutan Maulidurrasul 1430H/2009

Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Mac 2007 . Antara lain aktiviti bulan ini ialah pertandingan mewarna, tulisan khat, busama muslim dan persembahan nasyid.

Berkumpul mendengar taklimat ringkas

Mula berarak membawa sepanduk kumpulan masing-masing


Menghayati ceramah yang disampaikan

Acara nasyid dan busana muslim


Sunday, March 15, 2009

Cuti Pertengahan Penggal Bermula

Selamat bercuti kepada semua warga SK Luyang. Dalam kesempatan cuti ini dapat mengatur strategi dan perancangan baru dalam P & P kita.

Tuesday, March 3, 2009

Logo MTQ







Logo MTQ dan PPD Kota Kinabalu.






Sunday, March 1, 2009

Persiapan MTQ KK Selatan 2009M/1430H

Tahun ini SK Luyang, Kota Kinabalu dipilih menjadi tuan rumah dalam Majlis Tadarus Al-Quran . Persiapan telah dijalankan lebih awal. Hanya tiga hari lagi pertandingan akan bermula. Latihan setiap acara dilaksanakan oleh AJK Panitia Pendidikan Islam dan beberapa orang guru akademik.



Sunday, February 22, 2009

Thursday, February 19, 2009

j-QAF "Guru Luar Norma"

Dipetik dari http://akhimizi.blogspot.com/

SAYA masih ingat dengan pasti semasa menghadiri kursus kurikulum anjuran JPN, kami guru-guru j-QAF dimaklumkan bahawa status kami di sekolah adalah sebagai guru luar norma. Walaupun konsep guru luar norma kurang difahami, tetapi saya beranggapan bahawa guru luar norma ini adalah guru yang tidak seperti guru biasa lain di sekolah. Sebab itu ia dinamakan sebagai guru luar norma.

Guru apa lagi guru luar norma di sekolah? Mungkinkan Guru Kaunselor, Guru Media, Guru Disiplin atau Guru Data? Saya kurang pasti tentang itu. Justeru, buat masa ini Guru j-QAF adalah guru luar norma yang paling ramai mungkin di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru sama ada berstatus luar norma mahupun sebaliknya; di sekolah dia tetap guru. Maksudnya guru yang boleh mengajar dan mendidik. Bukan sekadar di dalam kelas bahkan di luar kelas. Bukan sekadar subjek major dan minornya tetapi semua subjek barangkali. Bukan sekadar menunjuk ajar tetapi boleh melatih biarpun guru-guru ini bukanlah mempunyai kompetensi yang sempurna untuk semua hal. Sudah namanya guru, tentu boleh saja.
Guru j-QAF di sekolah mempunyai peranan lebih daripada sekadar guru. Guru j-QAF di sekolah perlukan kemahiran lebih dari sekadar boleh mengajar dan mendidik. Guru j-QAF di sekolah kena jadi guru super. Tetapi persoalannya benarkah semua guru j-QAF di sekolah boleh jadi super?

Guru j-QAF di sekolah pulang pada jam 3 petang. Guru-guru biasa lain pernah bertanya kenapa pulang lewat? Guru j-QAF ada jawapannya. Sebab itu guru j-QAF di sekolah jadi super. Bukan sebab pulang lewat itu, tetapi sebab guru j-QAF ini sanggup pulang lewat daripada guru-guru lain. Bagi yang ada sesi petang pula, guru j-QAF datang awal daripada guru-guru lain. Barangkali awal 2 jam. Jadual waktu sudah banyak tetapi dapat juga jadual ganti. Itu tandanya kita amat diperlukan.

Bukan sekadar itu, Guru j-QAF juga sanggup mengadakan kem dan bertugas pada hari-hari cuti. Buat kelas tambahan. Buat itu ini... sebab guru j-QAF ini guru luar norma.
Tetapi itu semua tidak menjadi masalah. Biarlah guru-guru j-QAF ini mengajar dan mendidik dengan ikhlas. Biarlah mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh mencapai aspirasi memperkasa Pendidikan Islam. Biarlah mereka mengerjakan tugas dan amanah Allah SWT.
Perkara yang menjadi masalah adalah, apabila guru j-QAF yang statusnya luar norma ini di sekolah kena mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Sivik, Matematik, muzik dan lain-lain. Apakah ini hal biasa? Saya rasa ini bukan lagi hal biasa. Hal ini perlukan tindakan segera. Benarkah perkara ini wujud?

Dilema kekurangan guru. Guru yang ditukarkan tidak melapor diri. Guru ganti belum dilantik. Murid bertambah kelas terpaksa ditambah tetapi guru tak bertambah. Semua itu akhirnya menyebabkan guru j-QAF yang statusnya luar norma ini dipilih untuk mengajar kelas-kelas lain. Alasannya Pendidikan Islam sudah ada gurunya. Habis apa halnya j-QAF?

Mujurlah sekarang bulan Januari. Mungkin Februari nanti akan bertambah guru. Bukan setakat guru biasa tetapi guru j-QAF juga. Pada masa itu, semuanya akan reda. Semua akan kembali kepada sepatutnya. Tetapi... sementara itu jalankan apa yang sedang diarahkan. Jangan sesekali kita menentang Pengurusan sekolah. Mereka juga tidak mempunyai alternatif lain buat masa ini.

Tuan Rumah MTQ KK Selatan 2009

Secara sahnya sekolah ini dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tadarus AloQuran Kota Kinabalu Selatan. Hal ini dimaklumkan sendiri oleh penyelia PPD Kota Kinabalu menerusi panggilan telefon. Sebelum itu, Guru Besar En Sampidol Kahar bersetuju menjadi tuan rumah bagi majlis ini. Mulai sekarang saya mesti mengambil tindakan untuk menyediakan draf kertas cadangan untuk dibentangkan dalam menyuarat akan datang.

Sunday, February 15, 2009

Pelatih Baru Program LPBS j-QAF

Ahlan wasahlan diucapkan dari warga PPI SK Luyang khususnya kepada 2 orang guru baru yang ditempatkan ke sini pada 13 Februari 2009. Apa yang menariknya, kita didatangi dua pasang guru iaitu Ustaz Mohd Khairil Abd Kadir (IP Keningau) dan Ustazah Norhazlimah Brahim(IP Kent). Kami amat mengalu-alukan kedatangan ustaz dan ustazah untuk bersatu tenaga untuk memantapkan Pendidikan Islam di SK Luyang ini.

Semoga dengan kemahiran yang ada oleh mereka dapat dikongsi bersama. Risik-risik mendapat tahu ustaz ni mempunyai kemahiran dalam bidang nasyid kerana pernah menubuhkan sebuah kumpulan nasyid di Kedah. Kemahiran serta komitmen tersebut patut kita gabungkan agar dapat memantapkan segala aktiviti yang telah kita rancang bersama. Tahniah dan syabas!

Monday, February 2, 2009

Mari bina Blog

Selaras dengan terpilihnya SK Luyang untuk disenaraikan daripada sekolah bestari, kemahiran membina blog sendiri boleh dijadikan permulaan ke arah hasrat tersebut. Bestari itu besar maksudnya, dari sekolah, pengendali hal ICT dan juga guru-guru patut mempunyai kemahiran ICT antaranya mampu membina blog atau web sendiri.

Semoga dengan bantuan, video ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan untuk seiring selangkah kehadapan. Yakin boleh!!


Friday, January 23, 2009

Tautan Kasih 2008


Majlis gilang gemilang ini diadakan pada 22 Januari 2009 di Hotel Dynasty Park. Pegawai Pelajaran Daerah,Dr Mohd Kassim Hj Mohd. Ibrahim telah merasmikan majlis ini.

Antara yang menarik ialah Anugerah Cemerlang bagi beberapa kategori antaranya Anugerah Cemerlang Panitia Terbaik jatuh kepada Ustazah Hasmah Abdullah dari Panitia Pendidikan Islam. Tahniah kami ucapkan kepada beliau.

Sunday, January 18, 2009

Sunday, January 11, 2009

10 Muharam - Bubur Asyura??


Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi. Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول


Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).
Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.
Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.


Wednesday, January 7, 2009

Komuniti Baru PPI SK Luyang

Tahun 2009, saya telah diberi kepercayaan untuk mengetuai organisasi PPI SK Luyang menggantikan mantan Ustazah Hasmah Abdullah. Amanah ini teramat besar bagi saya yang menuntut sebuah komitmen yang tinggi.



Patah tumbuh hilang berganti....., kekosongan Guru Pendidikan Islam (GPI) kembali terisi pada 5 Januari 2009 oleh Ustazah lagi .... Fatimatuzzahrah Fadzin anak jati Kedah telah melapor diri di sekolah ini. Semoga dengan semangat baru guru baru ini, akan menggemilangkan lagi panitia ini khususnya.


Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails